BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, June 21, 2011

...HAK-HAK ISTERI DALAM PERKAHWINAN MENURUT AL-QURAN DAN AL-SUNNAH...

1- HAK MENDAPAT MAHAR
Mahar adalah suatu pemberian wajib dari suami kepada isterinya dengan sebab berkahwin. Ia merupakan hak mutlak isteri. Banyak sedikitnya mahar itu bergantung kepada kerelaan atau kemahuan isteri.

2- NAFKAH – ZAHIR DAN BATIN
Nafkah menurut istilah ialah mengeluarkan belanja atau sara hidup kepada mereka yang wajib atas seseorang itu untuk membiayainya. Biaya yang dimaksudkan ialah semua hajat dan keperluan pelajaran, makanan, ibadat, tempat tinggal dan sebagainya.(al-Syarbini.425). Hak nafkah yang wajib diberikan kepada isteri boleh dibahagikan kepada dua jenis, nafkah zahir dan nafkah batin.

NAFKAH ZAHIR
Sudah menjadi ketetapan agama bahawa suami wajib memberikan belanja untuk makan, minum, pakaian dan tempat tinggal isteri sesuai dengan kemampuannya.

Ayat-ayat dan hadith menjelaskan bahawa setiap suami bertanggungjawab memberi makanan, pakaian kepada isterinya sesuai dengan kemampuannya. Suami tidak boleh memberi makanan dan pakaian kepada isterinya lebih buruk daripada apa yang dimakan dan dipakai suaminya. Begitu juga kadar makan dan pakai yang menjadi hak isteri diberikan mengikut kadar yang mampu diberikan oleh suaminya. Di dalam hal ini isteri tidak boleh meminta sesuatu yang di luar kemampuan suaminya. Akan tetapi sekiranya suami mampu memberikannya lebih tetapi tidak diberikan maka dalam situasi ini isteri dibenarkan mengambil harta suaminya.

Hadith menegaskan bahawa islam membenarkan bagi isteri mengambil harta suaminya sekadar untuk keperluan dirinya dan anak-anak, jika suaminya mempunyai harta yang cukup tetapi tidak memberikan haknya mengikut kemampuannya. Jika suami yang bakhil di cela oleh agama dan dibenarkan bagi isterinya mengambil tambahan dari harta suaminya tanpa pengetahuannya, maka lebih berdosalah lagi suami yang tidak memberi nafkah isterinya. Sudah tentu perbuatan itu tela melanggari hak isteri yang telah ditetapkan oleh syariat islam.

Menurut Imam an-Nawawi bahawa hak-hak yang wajib terhadap isteri itu tujuh perkara iaitu;
i. Makanan.
ii. Bahan-bahan seperti rempah-ratus (bawang, minyak masak, garam, gula, asam termasuk lauk-pauk dan sebagainya).
iii. Pembantu bagi isteri yang kebiasaannya mempunyai pembantu.
iv. Pakaian.
v. Alat-alat pembersih badan dan pencuci pakaian, sikat dan sebagainya.
vi. Perkakas-perkakas rumah seperti perkakas bilik air, perkakas tidor dan sebagainya dan yang terakhir ialah tempat tinggal (rumah). (an-Nawawi.450-461)

NAFKAH BATIN
Hendaklah mempergauli isteri itu dengan baik.

3- KOMUNIKASI YANG BAIK
Membina komunikasi yang baik sesama suami isteri adalah dituntut di dalam Islam. Suami harus berlaku adil kepada isteri, dan isteri juga haruslah berlaku adil terhadap suami. Komunikasi yang baik terhadap isteri termasuklah melayaninya dengan baik, lembah lembut, bertolak ansur sama ada dalam hubungan fizikal atau mental. Ini bersesuaian dengan sifat semula jadi wanita yanglembut dan mudah terguris hatinya.

4- HAK MENDAPAT BIMBINGAN DAN TUNJUK AJAR
Isteri berhak menerima bimbingan dari suami dan tunjuk ajar serta nasihat darinya samada dari sudut pendidikan agama, pergaulan sesama saudara baik dari sebelah isteri mahupun suami, dengan jiran tetangga,cara berpakaian, cara mengawal emosi dan sebagainya. Suami juga berhak mengajar isteri cara mendidik anak dengan betul malah isteri dan anak-anak berhak mendapat contoh akhlak yang terpuji dari suaminya.

5- HAK BEKERJA
Bekerja merupakan suatu yang telah disyariatkan islam untuk memenuhi keperluan hidup seharian seperti makan, minum, pakai, tempat tinggal dan untuk memberi nafkah bagi orang yang dibawah tanggungannya. Dalam konteks wanita bekerja menurut islam, hukum asal baginya adalah tidak perlu keluar untuk bekerja, ini adalah kerana nafkahnya akan ditanggung oleh suami bagi yang telah berumahtangga, manakala yang tidak berkahwin akan ditanggung oleh bapa atau wali dibawahnya1. Ini merupakan satu anugerah besar yang diberikan dalam Islam untuk kaum wanita dimana mereka tidak perlu bersusah payah, bertungkus lumus memcari rezki untuk orang lain. Akan tetapi di sana terdapat beberapa situasi yang membenarkan wanita untuk keluar bekerja, antaranya jika keadaan terdesak yang memerlukan mereka keluar sepertimana yang berlaku ke atas kedua anak perempuan Nabi Allah syuaib a.s.

6- HAK BERSUARA
Kebebasan bersuara bermaksud seseorang mumpunyai hak untuk menyuarakan pendapatnya dalam apa jua perkara samada umum atau khusus dan samada pendapat itu bersesuaian atau bertentangan dengan pendapat umum (abdul kareem zaydan.1997.210)

7- HAK TERHADAP HARTA ISTERI
Sudah menjadi amalan masyarakat kita hari ini menganggap harta isteri adalah harta suami dan boleh digunakan oleh suami sebagaimana harta suami yang digunakan oleh isteri. Malahan terdapat segelintir suami yang sanggup memaksa isteri bekerja dan mengambil wang gaji isteri tanpa keizinannya. Ini merupakan suatu amalan yang buruk dan melanggar hak seorang isteri di mana di dalam islam harta isteri merupakan harta khususnya yang tidak boleh digunakan sesuka hati oleh suami melainkan sesudah mendapat keizinannya dan isteri redha menyerahkan hartanya kepada suami. Jika tidak harta itu adalah hak mutlak isteri yang tidak boleh diganggu gugat.

8- HAK TERHADAP HARTA SEPENCARIAN
Harta sepencarian menurut bahasa ialah harta benda yang diperolehi daripada usaha suami isteri.(kamus dewan.2002.443). Aset yang diperoleh oleh suami isteri dalam masa perkahwinan melalui usaha bersama mereka, adalah sinonim dengan “harta sepencarian” dan tidak melibatkan aset isteri yang diperolehi dari usaha tunggalnya sendiri atau harta pusaka yang diwarisinya. “Harta sepencarian” telah ditafsirkan oleh Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303) sebagai “harta yang diperoleh bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syara’.(Akta undang-undang keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984.)

copy from : http://ddms.usim.edu.my/bitstream/handle/123456789/737/HAK-HAK%20ISTERI%20DALAM%20PERKAHWINAN%20MENURUT%20AL-QURAN%20DAN%20AL-SUNNAH.pdf?sequence=1

Friday, June 10, 2011

...khasiat halba...

ni mama copy dr blog zilhan, kt blog die la mama tgk gmbr halba n bace khasiat2 halba..thanks ye zilhan..




Halba digunakan sebagai membantu penghadaman. Halba juga digunakan sebagai galactagogue (agen pengeluaran susu) oleh ibu yang menyusu untuk menambah susu yang kekurangan bekalan. Kajian telah menunjukkan halba adalah pemangkin pengeluaran susu ibu dan penggunaannya didapati meningkatkan pengeluaran susu sebanyak 900%.

Halba digunakan dalam masakan harian orang Melayu dan India.

Jika tidak digunakan dalam masakan, Cara mengambilnya ialah ambil satu sudu teh halba ke dalam cawan atau gelas, masukkan air panas dan biarkan semalaman. Air halba diminum pada waktu pagi hanya sekali sehari. Jika hendak dimakan secara suplemen berkapsul, boleh dibeli di farmasi dengan nama Fenugreek atau HERBANA.

Rasulullah saw bersabda :

” Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas “

(Books of Sufi Healing m.s.58)

Pada suatu hari Rasulullah saw menziarahi sahabat Saad bin Abi Waqqas yangsedang sakit. Rasulullah saw menyuruh dipanggil tabib. Al Harith Ibn Qaldah datang merawat Saad bin Abu Waqqas. Beliau mengesyorkan agar Saad makanHalba dan Kurma Ajwa’. Dengan izin Allah Saad pun sembuh dari sakitnya.

Rasulullah saw kemudiannya bersabda :

” Gunakanlah Halba sebagai ubat”
( Qamus Al-Tibb Ahad Qodamah-Mesir)

KEGUNAAN Halba

1. Diminum sebagai teh untuk
- Melancarkan haid
- Menghilangkan kembung,sebu dan senak
- Pencuci perut
- Menguatkan jantung
- Menghilangkan lender tekak
- Melegakan sakit kepala/ migraine
- Membuang angin
- Menyembuhkan buasir
- Senggugut
- Merangsang rahim
- Kegemukan
- Kurang berat badan
- Mengawal kencing manis
- Radang kulit dan Bisul

2. Teh Halba + Madu
- Kurangkan ketagihan rokok dan dadah
- Anemia

3. Untuk anak2 yang baligh
- kecergasan
- kekuatan badan
- Tumbesaran

4. Untuk ibu menyusu
- Banyakkan air susu

5. Halba juga adalah ramuan tradisi menambahkan nafsu lelaki dan wanita.

Memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan. Menjadi amalan kuno tabib China untuk rawatan mati pucuk.

Halba merupakan antara ubatan yang tertua di dunia dan digunakan oleh Al-Abqirad ( Hippocrates) iaitu bapa perubatan Yunani.

...mia xmo susu fm...

huhuhu sedihnye mama, mia dh kurang minum susu. susu mama lak dh makin kurang sekali pam skang cume dpt dlm 2 - 3oz je,sehari paling byk dpt 6-8oz, mane ckup utk bekal mia utk waktu mama g keje. memula mama bg mia susu isomil mase mia 4bln,pastu mia xmo susu isomil siap muntah2 lg may be sbb bau die yg kuat, mama tukar ke susu norsoy, br mia leh minum tu pun 2oz je skali minum,mane ckup cz ikut umur mia msti minum 5 - 6 oz sekali minum tiap2 4jam..cian ank mama smpai susut bdn..

tiap kali mama blk dr keje mia xsbr nk duduk dlm pelukan mama,smpai je kt umh terus mia tolak bdn die utk baring..tu tandanye mia nk susu mama..mama beruaha utk up kan susu mama,mcm2 mama mkn utk tambahkan susu mama antaranya minum CCPP,minum air longan f&n n mkn ubt yg doc kasi.

hari ni mama bace kt KIM psl halba, terus mama tekad blk nnti mama nk beli halba. mama tnye kt KIM kt mane nk dpt halba,lame btul nk tgu org jwb,sorg pun xsudi jwp..nasib baik ade sorg hamba Allah ni mama ingt name die aina sudi jwp soklan mama,thanks ye aina cz bantu suzi td..aina bgtau halba leh dpt kt kedai runcit, cara minum die rendam ngn air panas..sbenarnye mama xtau pun rupa halba tu mcm mane,td ade mase mama search kt uncle google psl halba,br la tau rupa halba tu pun was2..

blk keje td,mama papa n mia p la kt kedai bwh umh flat ni,kt kedai tu ade la sorg brother tu jaga,oleh sbb mama xknal rupa halba mama pun tnye la die halba ade x?die blur..adoiyaiii rupenye brother tu xtau gak halba tu ape hikhikhik..last2 mama tgk2 kt bahagian rempah2 yg die gantung,pastu hati mama tergerak ckp ade kt ctu smbil tgn ni mencari2 tulisan halba,tp xde..mama pun tgk la dlm plastik tu mcmpasir halus,ni ke halba hikhikhik lame mama telek pastu mama dgn yakin ckp ni la halba hahaha papa was2 tp mama ckp kt papa ye ni la halba mcm mama tgk kt tenet hihihihi murah je rege die 5kupang je..

doakan mama dpt produce susu dgn byk ye,biar ank mama bam2 blk..mama tingin sgt nk nyusu mia smpai 2thn mcm org2 lain..mama nk yg terbaik buat ank mama..