huhuhu patut la 6hb aritu suhu bdn mia tinggi smpai 38.6, trus mama n papa bwk mia g klinik..smpai klinik doc ckp xde ape2 cume selalu basahkan kepala n bdn mia ngn air utk kurangkan suhu..
7hb sept mama EL sbb cian sgt tgk mia merengek aje, mama xleh jauh or hilang dr pandangan mia, kompom mia akan nangis2 cr mama..mama xkisah bos nk mrh or ape sbb ank mama lg penting..
8hb sept, mama masuk ofis, tp ati mama sentiasa tertanya2 keadaan ank mama kt umh BS, blk keje semlm mama tgk muka n kepala mia byk sgt ruam, papa ckp sbb mama salah mkn tom yam sea food, tp mama ckp b4 ni mama mkn ok je mia huhuhu
around kul 1 pg mama duk perati je ruam mia tup2 ati mama terdetik ni bkn ruam tp cmpak, trus mama col tok pepagi buta tu sbb risau..now kompom la ank mama kne cmpak huhuhu
arini mama cr info psl campak..grrrr takut gak bile bace huhuhu
Sumber : http://ida-adri.blogspot.com
Campak – penyakit biasa tapi bawa kesan sampingan
CAMPAK ialah sejenis penyakit yang mudah menyerang kanak-kanak kecil. Penyakit ini disebabkan oleh sejenis virus dan mudah berjangkit kepada kanak-kanak kecil bawah umur "lO tahun.
Penyakit ini boleh berjangkit apabila seseorang itu terdedah kepada pengidap campak. Penyakit ini merebak akibat keluaran virus melalui udara apabila pesakit bercakap, batuk bersin ataupun berludah.
Sungguhpun campak dianggap biasa ianya boleh mendatangkan komplikasi, terutamanya sekiranya kanak-kanak itu lemah dan taraf pemakanannya juga berku rangan.
Peringkat di mana penyakit ini mudah berjangkit ialah ketika sebelum ruam campak keluar yakni di antara "lO hingga 14hari.
Kadar teruk penyakit ini berbeza dari seorang ke seorang berdasarkan taraf pemakanan dan kesihatan seseorang.
Kadangkala penyakit ini ringan — kanak-kanak itu demam sedikit sahaja diikuti dengan tumbuh ruam-ruam merah dan tidak beberapa hari kemudian sembuh dengan sendiri. Kebanyakan kanak-kanak menunjukkan tanda-tanda seperti berikut.
Tanda-tanda awal penyakit pada bayi; biasanya bayi didapati demam meragam, letih lesu disertai dengan selsema, batuk, mata berair dan merah.
Lagi satu tanda awal demam campak ialah terdapatnya bintik-bintik putih yang dikelilingi warna merah di bahagian dalam mulut kanak-kanak.
Pada peringkat awal suhu badan kanak-kanak tinggi, batuk teruk dan kadangkala kanak-kanak ini juga mengalami cirit-birit, muntah ataupun susah kencing. Jika suhu badan terlalu tinggi, ini akan disertai oleh demam sawan.
Pada hari keempat demam mula turun dan kira-kira pada hari kelima ruam mula timbul dari kepala menurun ketangan, badan dan kaki.
Enam atau tujuh hari selepas ruam campak keluar barulah ruam campak yang halus dan bertompok-tompok merah mula menghilang.
Jika keadaan kesihatan anak kurang memuaskan dan anak itu pula kurang zat makanan dan kurang daya tahan penyakit campak itu lebih teruk dan ruam campak akan mening-galkan bekas-bekas hitam.Pada ketika ini juga keadaan batuk yang teruk dan kadangkala anak sesak atau susah bernafas.
Komplikasi sampingan
Biasanya sekiranya keadaan kesihatan kanak-kanak baik, kuat daya tahan dan taraf pemakanan baik,' campak akan mudah sembuh. Sebaliknya, sekiranya taraf kesihatan dan pemakanan rendah anak yang diserang campak itu mudah diserang komplikasi sampingan seperti jangkitan telinga, jangkitan paru-paru, jangkitan otak dan lain-lain, maka lambatlah mereka sembuh.
Jangkitan telinga biasanya berlaku dalam hari kelima dan keenam di mana kadangkala sakit itu disertai dengan keluar nanah.
Jangkitan saluran pernafasan dan paru-paru biasanya boleh dikesan apabila batuk bertambah teruk dan kadar pernafasan dan kadar nadi tinggi dan juga suhu badan naik semula. Kalau kanak-kanak ini dirawati segera ini akan mengambil masa selama lebih kurang tujuh hingga 10 hari untuk sembuh.
Tetapi kalau anak ini tidak menerima rawatan seperti ubat antibiotik, keadaan boleh bertambah teruk dan boleh membawa maut. Maut boleh berlaku tiga atau empat hari selepas jangkitan paru-paru dan jangkitan paru-paru ini boleh berlaku selepas ruam campak hilang.
Biasanya ibu-ibu tidak tahu bahawa jangkitan paru-paru ini boleh berlaku akibat dari penyakit campak. Satu lagi komptikasi yang boleh timbul akibat penyakit campak ialah seminggu atau dua selepas campak sembuh tiba-tiba si pesakit menunjukkan tanda-tanda sistem urat sarafnya terganggu.
Rawatan boleh menyembuhkan kanak-kanak itu dari komplikasi tersebut tetapi kadangkala terjadi juga kecemasan di mana kanak-kanak itu tidak sedarkan diri buat beberapa minggu atau kadangkala mengakibatkan lumpuh.
Bagaimanapun 60 hingga 70 peratus dari kanak-kanak yang diserang campak sembuh sementara 10 .peratus lagi diserang komplikasi di samping demam campak.
Peringatan Kepada Ibu-ibu:
* Jangan pandang ringan akan demam campak. Sebaik saja dapat di-kesan tanda-tanda penyakit campak akan menyerang, bawa anak berjumpa doktor.
* Bagi anak-anak yang sedang demam campak berikan dia minum air banyak-banyak supaya demam cepat turun dan air serta zat besi yang hilang akibat muntah dan cirit-birit mendapat gantian.
* Pastikan suhu badan turun dengan mendemah badan anak dengan airsejuk. Pakaikan dia pakaian tipis.
* Asingkan kanak-kanak ini dari anak-anak yang lain.
* Sekiranya anak batuk teruk atau susah bernafas, bawa cepat ke hospital untuk dirawat.
* Biasanya doktor akan memberi ubat antibiotik bukan semata-mata untuk merawat penyakit tetapi juga untuk mengelakkan dari komplikasi atau jangkitan sampingan yang mungkin menyerang.
* Tidak ada ubat tertentu untuk menyembuhkan penyakit ini.
* Beri makanan yang berzat kepada anak-anak untuk meninggikan taraf makanan dan kesihatan anak.
Pencegahan
Pada masa sekarang telah terdapat vaksin, sejenis pelalian untuk mencegah penyakit campak. Pelalian ini diberikan kepada kanak-kanak dari usia sembilan bulan hingga dua tahun. Kanak-kanak bawah enam tahun juga boleh diberi pelalian ini. Pelalian ini boleh didapati.dari semua klinik dan pusat kesihatan untuk mencegah campak dan mengelakkan dari komplikasi-komplikasinya.
0 comments:
Post a Comment